Sunday, 22 July 2012

Hostel, i coming.

As'salamualaikum? 

Jom wey jom. Hahaha. Nak pi mana? Balik hostel la wey. Jenuh ar, takkan nak ponteng sekolah sampai seminggu. Nak mampus kena penampar dengan warden asrama. Tapi rasa berat lak kaki aku nak melangkah pi hostel. Nanti tak boleh dah berbuka puasa dengan keluarga tercinta. Sedih, sedih, sedih. Untung la depa yang berulang uh. Hari-hari boleh berbuka dengan family masing-masing. Syiok nyaa. Hmm, tapi takpa, aku boleh berbuka dengan kawan-kawan tercinta aku. :) Lepas tu, boleh sembahyang terawih sama-sama. Aiwah, hehe, insya'allah la. Bukan boleh ngad, aku ni pemalas. Boleh study sama-sama coz periksa percubaan minggu depan. Aduhai, bila nak PMR tau? Tak larat da nak mengadap buku. Ceh, cakap macam PMR boleh dapat semua A uh. Sudah, merepek aku ni. Tadak apa dah kot wey nak update. Nak kemas baju nak balik hostel pulak . Hehe, aku harap ampa semua dapat berpuasa penuh and jangan lupa sembahyang terawih eh? Jaga hati and jaga perangai di bulan puasa ni. Jangan lupa niat tau. Hehe. Okay, babai. <3


# Untuk peringatan ja ni, hehe. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Aminn Ya Rabbal Alamin. #

Friday, 6 July 2012

Oh My Friend :'(

As'salamualaikum? 

Hai semua? Lama an aku tak update blog. Hmm, aku harap ampa semua dalam keadaan happy and ceria sentiasa. Tak macam aku, selalu sedih. Aku bukan apa, aku just rindu kawan lama aku. Harap sangat aku ngan dia boleh rapat macam dulu-dulu. Tapi aku taw, benda tu mungkin takkan berlaku an? Dia memang baik, pandai. Even dia tua setahun dari aku, dia layan aku macam dia layan kawan dia yang lain. Kami start berkawan cuti sekolah akhir tahun lepas. Kawan dalam fb ja. Dia kawan baik abang angkat aku. Hmm, maybe. Lepas tue, kami mula berkawan dalam alam realiti. Memang best kawan ngan dia. Aku rasa kehidupan aku makin ceria disebabkan dia. Dia berulang, so aku jadi macam tak sabar nak pergi sekolah esok. Aku sedar, aku mula sayangkan dia. Kadang-kadang aku pernah jugak terfikir, macam mana kalau tiba suatu hari nanti aku ngan dia dah tak rapat. Boleh ka aku hadapi dugaan tu? And now, ya, aku tak boleh hadapi dugaan tu, aku tak kuat. Bulan 4, aku tak ingat berapa tarikh dia, tapi yang pasti bulan 4. Sejak dia dapat asrama and sebilik dengan aku. Ya, sebilik dengan aku weyy. Mesti ampa pelik an? Dah duduk sebilik, asal tak berkawan pulak. Mesti lagi seronok an. Tapi, aku ngan dia tak bersembang, kalau waktu dia berulang dulu, kena tunggu aku balik rumah baru boleh chat ngan dia. Kami malu nak sembang di alam realiti. Pelik an? Tapi bagi aku tak pelik, bagi aku yang tu sweet. Hmm, tak tau la bagi dia apa. Kami selalu bertukar makanan, hahaha :'), seronok sangat. Dia atlet bola tampar, dia selalu kena berlatih petang-petang time lepas sekolah. Aku suka usyar dia main. Best sangat. Memang tak dak kerja aku an? Terserah ampa la, tapi yang pasti aku suka tengok dia. Tapi sejak dia kena ngan warden asrama diatas sebab difitnah aku ngan dia berangkat. Dia mula jauh dari aku. Sakit hati wey, dia bagitau kawan aku 'kata dekat kawan hang tu, jangan tulis surat dekat aku lagi'. Masa bila aku tulis surat kat hang wey? Sejak hang dok asrama aku tak pernah terfikir lansung nak tulis surat dekat hang tau tak? Sejak tu, aku mula jauhkan diri pada dia. Kalau terserempak pun, aku lansung tak tengok muka dia. Dalam bilik lagi la, terseksa jiwa aku ni. And one day, aku masuk tandas, dia ada. Takpa, aku buat tak tau ja. Tiba-tiba, dia pegang aku and tanya 'ampa marah kami lagi ka?'. Aku terkejut terus jawab 'tak aih' and terus masuk dalam bilik tandas. Aku cerita dekat kawan aku, patut ka aku maafkan dia? Sayang memang sayang, marah memang marah. Kawan aku kata aku kena maafkan dia. So, aku maafkan dia. Aku jumpa dia, aku senyum. Memang tu satu perubahan yang baik bukan? Tapi, bagi aku perubahan itu lansung tak menggembirakan hati aku. Aku nak dia yang dulu! Andai aku dapat undur masa balik, aku tak mau dia duduk asrama. Aku lebih suka dia berulang. Aku rindu diri hang yang dulu. Aku pernah nangis disebabkan aku fikir pasal hang. Aku tak tau macam mana hang boleh jadi insan yang teristimewa dalam hidup aku ni. Teringin nak dengar hang panggil aku 'cek adek manis' lagi. Hmmm. Sedihnya Ya Allah. Tabahkan hati hamba-Mu ini. Rapatkan la hubungan aku dengan dia balik Ya Allah. Ameen.



Dia yang tulis nama aku. Lawa kan? Ni pun kawan aku yang send gambar ni, terharunya aku :'). Ni la satu-satunya kenangan aku ngan dia. Aku takkan delete pic ni sampai bila-bila. Aku sayang hang sangat kawan.  <3